Api Dalam Sekam
agak nya ini adalah post pertama aku menyuarakan pendapat yang bersarang dalam kepala otak aku dalam Bahasa Malaysia kerana apa yang akan disuarakan aku dalam post ini adalah mengenai situasi yang berlaku di dalam negara kita Malaysia sekarang ini... seminggu yang lalu masyarakat Malaysia dikejutkan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan bahawa penggunaan perkataan Allah dibenarkan untuk kegunaan penulisan artikel oleh Herald-Catholic Weekly... semalam pula kita dikejutkan dengan insiden cubaan membakar gereja-gereja di sekitar ibu negara... aku cukup malu... apakah negara kita ini sudah hilang orang-orang yang berilmu dan berfikiran waras?
mengupas isu pertama iaitu penggunaan nama Allah oleh orang-orang bukan Islam... aku mungkin tidak tahu sejauh mana penganut Kristian menggunakan nama Allah ini dalam ajaran mereka sama ada di dalam Malaysia mahupun di seluruh dunia... pertama kita lihat asal usul nama Allah dalam konteks agama samawi... nama Allah merupakan perkataan Arab yang menjadi bahasa rasmi kitab suci Al-Quran... Yahudi pula umum nya menyebut Allah sebagai Yahweh dalam Taurat yang apabila diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai Jehovah jika aku tak silap... jadi Allah memang ada dalam setiap agama samawi kecuali ianya disebut berbeza dan juga cara kita melihat Allah itu berbeza dengan agama lain di mana kita percaya dengan tanpa ragu bahawa Allah itu adalah Esa dan tiada tuhan lain melainkan-Nya... untuk mengatakan bahawa Allah itu adalah ekslusif hanya untuk orang Islam sahaja, aku tidaklah cukup berilmu untuk mengiyakan atau menidakkan nya tetapi di dalam Al-Quran, Allah berkalam bahawa Dia adalah tuhan sekalian alam dan tuhan setiap makhluk yang wujud di muka bumi oleh itu Allah memang adalah tuhan bagi semua manusia tak kira manusia itu Islam atau tidak cuma terpulang kepada manusia untuk menerima Allah sebagai tuhan yang satu bagi mereka atau tidak... di sini masalah nya adalah kepercayaan seseorang manusia itu... tapi melihat kepada implikasi keputusan mahkamah tersebut, kita harus juga berfikir apakah motif nya akhbar tersebut untuk beriya-iya hendak menggunakan nama Allah di dalam tulisan mereka? kenapa mereka tidak terus sahaja menggunakan perkataan God atau Lord atau Jehovah yang telah mereka gunakan sebelum ini? walhal bagi penganut Kristian, mereka memang sudah faham siapa itu Tuhan bagi mereka... kita boleh berfikir jauh lagi di mana di kebanyakan negara majoriti penganut Kristian malah di Vatican City iaitu pusat atau ibu negara bagi agama Kristian, mereka tidak pernah hairan pun hendak menggunakan perkataan Allah ini... malah Pope atau Paus pun hanya menggunakan Lord di dalam ucapan beliau... tetapi, di kebanyakan negara majoriti penganut Islam yang juga mengamalkan kebebasan beragama seperti Malaysia, Indonesia, Mesir dan beberapa lagi, mereka ini bersungguh-sungguh hendak menggunakan perkataan Allah ini... jika ditanya kepada aku, aku tidaklah begitu kisah jika mereka hendak menggunakan perkataan Allah kerana di negara-negara Arab pun tidak semua Arab itu Islam dan mereka menggunakan Allah ini sama sahaja seperti assalamualaikum, alhamdulillah dan lain-lain... jadi bagi aku, persoalan nya adalah sejauh mana rakyat Malaysia beragama Islam ini faham akan ajaran Islam malah yang penting adakah mereka faham siapakah Allah bagi kita umat Islam... bagi mereka yang faham dan kuat iman nya yang tidak ragu-ragu dengan ajaran Islam mereka tidak akan keliru atau tertipu dengan penggunaan perkataan Allah ini bila orang bukan Islam cuba untuk meracuni dan menggoyahkan kepercayaan mereka... tetapi yang masalah nya dengan rakyat Malaysia ini, masih ramai yang mungkin boleh terpengaruh dan keliru dan tertipu dan melalui reaksi dari pelbagai lapisan masyarakat yang menyuarakan rasa khuatir, agak jelas di sini, bahawa ramai umat Islam di Malaysia masih lemah pegangan nya... jadi jangan cuba tuding jari kepada Herald-Catholic Weekly ini tetapi seharusnya lihat pada diri sendiri umat Islam... adakah didikan Islam yang kita pelajari selama ini mencukupi dan utuh? badan-badan Islam dan cendekiawan Islam sepatutnya menyedari perkara ini mungkin akan berlaku dan mencari cara untuk mengukuhkan kefahaman umat Islam supaya tidak mudah dicerobohi oleh dakwah-dakwah agama lain...
kemudian isu yang kedua... ini adalah tindakan yang teramat bodoh dan tidak berotak oleh segolongan manusia dan aku cukup malu dan marah dengan tindakan ini... aku tidak mahu mengakui golongan ini sebagai manusia tetapi aku menganggap mereka ini sama seperti binatang yang tidak berotak... di sini aku menyifatkan ada 2 kemungkinan di sebalik insiden ini... yang pertama, insiden ini dilakukan oleh golongan (aku tak mahu sebut mereka sebagai manusia) yang memang bebal dan bodoh dan yang kedua, insiden ini dilakukan oleh golongan manusia yang sangat bijak yang tahu mengambil kesempatan pada ketika yang betul... bagi kemungkinan yang pertama, bagi mereka yang sedia bodoh dan bebal ini, mereka tidak tahu apakah kesan nya kelakuan mereka terhadap negara dan juga imej Islam... mereka hanya konon nya ingin menjadi wira bagi umat Islam dan ingin membuktikan rasa tidak puas hati terhadap keputusan mahkamah itu... sudahlah imej Islam sudah diburukkan oleh pengganas sejak 10 tahun lalu, kini ada juga yang menjadikan pengganas ini sebagai idola mereka... ini hanya akan menyemarakkan lagi sentimen anti-Islam atau Islamophobia dan menguatkan lagi tanggapan orang bukan Islam bahawa Islam adalah agama yang mempromosi keganasan sedangkan Islam adalah agama yang indah dan mahukan keamanan dan harmoni... aku ingin hendak menemuramah segelintir bebal ini... apakah mereka ini orang yang berpendidikan atau tidak... aku memang pasti mereka ini tidak cukup pun solat dalam sehari jauh sekali selalu ke masjid-masjid... jika aku minta mereka ini menyebut nama-nama khulafa al-rasyidin, aku pasti mereka hanya tahu menggaru kepala... jika aku suruh mereka membaca Al-Quran pun aku pasti mereka ini baca pun tergagap-gagap semuka surat pun baca sampai 1 jam... sebab itu mereka tidak tahu Al-Quran ada ayat yang mengharamkan keganasan dan kezaliman terhadap orang lain... jadi jangan lah hendak berlagak wira tunjuk berani tetapi otak dan ilmu nya tiada... tidak guna untuk aku membicarakan lagi soal ini kerana golongan bebal dan bodoh ini tidak ada hasilnya untuk diberikan sebab untuk berfikir... tetapi lain pula kisahnya bagi kemungkinan kedua... ini adalah perbuatan mereka yang mempunyai agenda tertentu untuk kepentingan diri sendiri... dan mereka bijak menggunakan situasi panas ini untuk menjayakan agenda mereka... mereka tahu dengan jelas apakah kesan dan implikasi insiden ini terhadap keamanan negara atau kesan terhadap imej Islam terpulang mana satu tujuan sebenar mereka... aku tidak berani untuk membuat spekulasi siapakah golongan ini dan apakah rancangan sebenar mereka tetapi mereka memang mahu memecahbelahkan dan melaga-lagakan rakyat dengan mengapi-apikan isu yang sangat sensitif seperti sentimen perkauman dan juga agama yang ditujukan kepada rakyat yang mudah dipengaruhi seperti orang-orang luar bandar yang merupakan majoriti... aku sendiri tidak faham mengapa mereka ingin sangat nak merosakkan keharmonian dan perpaduan rakyat yang amat penat diusahakan oleh bekas pemimpin-pemimpin kita... insiden ini pasti mengundang rasa marah dan juga ketakutan di kalangan orang bukan Islam dan mengundang kecaman dan tekanan dari luar negara dan juga kecaman dari pertubuhan dan juga orang bukan Islam luar negara... mungkin inilah apa yang ditunggu-tunggu oleh pengkhianat-pengkhianat ini... dan mereka ini mengupah dan mempengaruh golongan bodoh dan bebal di atas yang tidak tahu hujung pangkal untuk melaksanakan rancangan jahat mereka... satu lagi senario yang boleh difikirkan dari segi politik adalah betapa dekatnya insiden ini dengan pilihanraya umum negeri Sarawak yang dijadualkan pada tahun ini atau tahun hadapan... seperti diketahui Sarawak dan Sabah merupakan kubu kuat bagi kerajaan Barisan Nasional dan penyumbang terbanyak kerusi Parlimen bagi kerajaan BN di dalam Dewan Rakyat yang membolehkan kerajaan BN terus berkuasa... jika diharapkan kerusi di Semenanjung sahaja, memang kita sudahpun bertukar kerajaan sekarang ini... dan memang diketahui, 50% ke 75% penduduk Sarawak adalah beragama Kristian dan mungkin sesetengah pihak sengaja mahu menjadikan insiden ini sebagai langkah untuk membangkitkan pemberontakan di kalangan pengundi Sarawak... aku memang cukup jijik dengan politik yang tersangat kotor ini...
aku menyeru kepada semua rakyat Malaysia sama ada Melayu Cina India yang beragama Islam atau tidak agar bertenang dan jangan mudah melatah dan terpengaruh dengan agenda-agenda sesetengah pihak yang memang mengharapkan kita untuk bertelagah dan bermusuhan sebab kita hanya akan menjadi boneka dan batu loncatan dalam menjayakan misi mereka ini... aku mengutuk keras keganasan yang terjadi semalam dan aku tegaskan jika konon nya kejadian semalam dilakukan atas nama Islam, aku tidak redha dengan perbuatan itu dan aku memohon maaf kepada mangsa-mangsa... kerana dalam isu ini memang tidak akan menguntungkan rakyat malah ianya merugikan jika keganasan dibalas keganasan kecuali bagi mereka yang mengharapkan keganasan ini berterusan... tolonglah rakyat Malaysia matangkan lah fikiran dan fikir dulu apa yang tersirat di sebalik kejadian-kejadian ini...

0 Response to Api Dalam Sekam
Post a Comment